DIPLOMA PART 1

 Jom kita mula dari langkah pertama iaitu diploma. Kos Pengurusan Maklumat turut ditawarkan di peringkat diploma dan dikenali sebagai Dploma Pengurusan Maklumat kod IM110. Ditawarkan di 5 buah kampus cawangan iaitu Kampus Machang, Merbok,Rembau,Segamat dan Kota Samarahan. Bagi peringkat Diploma tiada lagi pengkhususan major atau minor dilakukan, bermakna pelajar akan mengambil setiap gugusan pecahan di bawah fakulti ini seperti pengurusan rekod, pengurusan perpustakaan dan sistem maklumat. Di sini saya listkan skill-skill yang ditawarkan dalam Diploma Pengurusan Maklumat (DIM) :

Kemahiran bercakap

Reka Majalah (Adobe InDesign)

Reka Newsletter

Reka Poster (Photoshop & Adobe Illustrator)

Cipta Flash Presentation (Macromedia Director MX)

Web Designing (Guna HTML & Adobe Dreameweaver)

Setup Komponen Komputer

Buat pameran

Katalog Bahan Perpustakaan

Nampak Umum bukan? jadi banyak subjek dan pengetahuan yang dapat diambil untuk dipraktikkan apabila bekerja atau menyabung ijazah kelak. Setiap kursus menekankan kepada teknik dan pengetahuan kepada murid. Tugasan juga menggalakkan pelajar untuk keluar ke organisasi-organisasi bagi mendapatkan pengetahuan secara "hands on" dari industri.


Lawatan kumpulan kami ke pusat rekod Hospital Universiti Sains Malaysia untuk membuat kajian, di mana kami dibawa untuk meninjau di mana rekod-rekod disimpan, dilupuskan dan juga di muat naik ke dalam sistem. pihak unit rekod sedia untuk membimbing kami berkaitan hal-hal pengurusan rekod.


Lawatan kami ke Perpustakaan Islam Az-Zahra, sebuah perpustakaan yang memfokuskan koleksi koleksi bahan islamik dan karya-karya dari ulama kelantan. Organisasi ini tidak menonjol seperti perpustakaan lain namun dengan bantuan pensyarah kami, kami dapat menghubungi. Pihak perpustakaan tidak lokek menunjukkan cara mereka mengurus perpustakaan ini dan menunjukkan bagaiman mereka memperoleh koleksi tersebut. Kami juga berpeluang melihat koleksi-koleksi buku yang jarang dilihat seperti buku penulisan shiah yang dirampas dari jabatan agama. 

sampai di sini sahaja untuk kali ini, jumpa anda di part seterusnya  :D


Comments

  1. Since you dah decided ambil Degree in Content Management, boleh lah you buat content tentang program itu. Pasti ramai nak tengok maklumat tentang course tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts