Skip to main content

Posts

Featured

DIPLOMA PART 1

 Jom kita mula dari langkah pertama iaitu diploma. Kos Pengurusan Maklumat turut ditawarkan di peringkat diploma dan dikenali sebagai Dploma Pengurusan Maklumat kod IM110. Ditawarkan di 5 buah kampus cawangan iaitu Kampus Machang, Merbok,Rembau,Segamat dan Kota Samarahan. Bagi peringkat Diploma tiada lagi pengkhususan major atau minor dilakukan, bermakna pelajar akan mengambil setiap gugusan pecahan di bawah fakulti ini seperti pengurusan rekod, pengurusan perpustakaan dan sistem maklumat. Di sini saya listkan skill-skill yang ditawarkan dalam Diploma Pengurusan Maklumat (DIM) : Kemahiran bercakap Reka Majalah (Adobe InDesign) Reka Newsletter Reka Poster (Photoshop & Adobe Illustrator) Cipta Flash Presentation (Macromedia Director MX) Web Designing (Guna HTML & Adobe Dreameweaver) Setup Komponen Komputer Buat pameran Katalog Bahan Perpustakaan Nampak Umum bukan? jadi banyak subjek dan pengetahuan yang dapat diambil untuk dipraktikkan apabila bekerja atau menyabung ijazah kelak.

Latest posts